Isu tunggakan gaji melibatkan pasukan bola sepak Sarawak United FC ibarat barah.<br /><br />Mengakui kecewa dengan apa yang terjadi, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mahu perkara itu diselesaikan segera.<br /><br />Malah kata Abdul Karim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut kurang senang dengan situasi yang berlaku kerana telah mencemarkan nama baik negeri.